Subscribe:

facebook

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Jan 15, 2012

Lelaki ..apabila berCinta


Jika aku jatuh hati

"...Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... 
......Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu......Amin....."
Cinta seorang lelaki

bile lelaki betul2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah: hebat sangatlah terr..kononye

1. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2. 

2. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian 
kepadanya. 
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.  
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.  
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan tinggalkan kekasihnya melainkan...si kekasih curang.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan...yeke~

24. Rupenye no 19 tak ade..

p/s cintailah sesiapa pun...tetapi >>INGATLAH<<


there is nothing better for two who love each other than marriage


Jan 14, 2012

Piawaian dalam memilih pasangan hidup



Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

 Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum..."


----------------
Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.
Tetapi bagaimana? 

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya 
CINTA MONYET!

Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.



There are some people who can make you smile, and some who make you cry, but it takes someone special to make you smile with tears in your eyes..

Sep 6, 2011

Bear Grylls | Saya sukakanya bila dia ceria.LOL

Bear Grylls (lahir Edward Michael Grylls, 7 Jun 1974) adalah pengembara, penulis dan penyampai televisyen berbangsa Inggeris. Dia paling terkenal kerana siri televisyen Man vs Wild, yang dikenali sebagai "Born Survivor" di United Kingdom. Beliau berasal dari Britain dan termuda mendaki Gunung Everest, berbuat demikian pada usia 23 tahun. Pada Julai 2009, Grylls telah dilantik menjadi Scout Chief termuda pada usia 35. Belau ada satu tabiat yang tak dapat dielakkan apabila mengembara....





















the body's own alarm clock...it is called the bladder..there is no snooze button...

Aug 10, 2011

Wordless Wednesday #3.1






I want to be the reason for your smile, nothing more.....

Wordless Wednesday #3.0 | My Comel


apologizing also shows that you value the person more than your EGO

Aug 2, 2011

13 Bagai | Fakta atau Auta ?|versi Tahukah anda?

  1. tahukah anda setiap ludahan di atas padang ketika satu perlawanan bola sepak dapat menghasilkan satu baldi penuh air liur.
  2. tahukah anda bahawa seorang lelaki tidak sayangkan isterinya apabila berdengkur ketika tidur di waktu malam..kerana setiap dengkuran akan menghasilkan 50 dB..dan akan membuatkan si isteri pekak perlahan2.
  3. tahukah anda most of facebooker akan mengusha news feed facebooknye sama ada top news atau most recent lbih daripada 10x, kurang dalam 5minit.
  4. tahukah anda lelaki sering di"kencing" oleh perempuan dengan fake profile picture...comelnye..macam barbie XOXO..
  5. tahukah anda bahawa setiap tahun mesti ada orang-orang yang akan mendownload lagu raya..sedangkan tiap tahun dorang menyambutnye.
  6. tahukah anda..purata pemandu kereta takutkan keadaan apabila berada di atas bukit deangan trafik yang sesak.
  7. tahukah anda..segelintir masyrakat di malaysia berpuasa..tetapi sekadar berpuasa makanan..asap masih disedutnye disiang hari.
  8. tahukah anda...saiz polistrin mkanan semakin mengecil, saiz penutup dan bhgian mkananye sama saiz, ini kerana penduduk Malaysia kecil-kecil..makanan yang diisi juga kecik.*sarcasm
  9. do you know that, average food in bazaar Ramadhan is tasteless..and sometimes spoiled.
  10. tahukah anda...di bazar Ramadhan anda dapat mencuci mata dengan keseksian wanita-wanita..tak de kesedaran sivik langsung.bodoh.
  11. tahukah anda..seseorang itu dapat membuatkan kawanya menjadi giler dengan hanya tersenyum kepadanya...s**t!! what are you up to!
  12. do you know fesbuk is like prison? you sit around wasting time & writing on walls while being poked by people you havent met...
  13. tahukah anda..semua orang ingat impian seorang wanita ialah untuk mendapatkan seorang lelaki yang sempurna..sedangkan kebenaranya every girl's dream is to eat without getting fat!
why give second chances when there are people waiting for their first?

Jun 27, 2011

A. Samad Said - Unggun Bersih



Semakin lara kita didera bara 
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Saya Sokong Siapa? Itu Rahsia – Sasterawan Negara


samadsaid.wordpress.com


God gave us free will..ur choices have consequences. THINK.

Mar 31, 2011

Kisah Paderi & Pengembala Kambing

Nikon D3 Voigtlander 58mm f1.4 1/400sec
Bacalah sampai habis^^,

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela..

Sumber cerita & gambar Ustaz Azhar Idrus ( Original )


Mar 17, 2011

Inilah Kehidupan


He stood beside her, saddened of her death...finally aware she would never return to him..he stood beside her body with sadness and sorrow..c'est la vie

Jika kita lihat gambar di atas..kita berasa terharu bukan?..haiwan juga pandai menghormati kawannya yang sudah mati..tetapi berlainan pula dengan manusia..sesetengahnya menjadikan pembunuhan sbg satu keseronokan..

Masa aku kecil dulu..aku pernah main kejar2 dengan anak ayam...sekali aku sprint terlajak..habis lumat anak ayam tu..tu pun aku dah rasa semacam..jantung berdegup kencang..dalam hati aku.."polis akan tangkap aku ke"..Ya Allah, sumpah aku rase bersalah:(  mak ayam tu pun pandang sinis kat aku.hurmm..maaf mak ayam. Tetapi sekarang ni, seperti yang kita lihat dekat facebook...mcm2 video kte boleh tengok..semuanya penyeksaan ke atas kucing..aku tak sanggup tengok samai habis..3saat dah cukup..sumpah sedih...dorang ni langsung tak ada hati perut..nak aku sepak anak2 kau macam tu ke nanti? kucing yang begitu comel Allah bagi..kau main sepak pijak je kan..duh.

Bercakap bab kematian...sudah cukup ke amal jariah yang kita@aku lakukan?..setiap kehidupan ade penghujungnya..kematian adalah sesuatu yg tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut....tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut..Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadis2nya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dgn pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup..amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah. 

dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang orang yang mati dalam keadaan baik dan keadaan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Tunggulah mayat ketika matinya. Jika kedua matanya telah memancar, dahinya berkeringat, jalan nafasnya turun naik maka disitulah rahmat Allah telah turun kepadanya. Jika ia telah mendengkur seperti mendengkur anak unta serta warnanya atau rupanya telah beku, mulutnya mengeluarkan buih, maka inilah azab Allah telah turun kepadanya". (Riwayat Hakim dan Tarmizi)
Kuceng jiran yg ske lepak kat umah aku:)


before you had that problem..god already had the solution.otokajo?..pray~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blogger widgetsblog statistics widget for blogger