Subscribe:

facebook

Showing posts with label boy and girl. Show all posts
Showing posts with label boy and girl. Show all posts

Jan 15, 2012

Lelaki ..apabila berCinta


Jika aku jatuh hati

"...Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... 
......Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu......Amin....."
Cinta seorang lelaki

bile lelaki betul2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah: hebat sangatlah terr..kononye

1. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2. 

2. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian 
kepadanya. 
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.  
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.  
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan tinggalkan kekasihnya melainkan...si kekasih curang.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan...yeke~

24. Rupenye no 19 tak ade..

p/s cintailah sesiapa pun...tetapi >>INGATLAH<<


there is nothing better for two who love each other than marriage


Jan 14, 2012

Piawaian dalam memilih pasangan hidup



Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

 Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum..."


----------------
Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.
Tetapi bagaimana? 

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya 
CINTA MONYET!

Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.



There are some people who can make you smile, and some who make you cry, but it takes someone special to make you smile with tears in your eyes..

Apr 19, 2011

Apa Kata Kita UNLIKE Page Lady Gaga | Facebook

Aku bukan nak tunjuk poyo ke ape kan..memang sebelom ni pun aku tak pernah like page LG ni..tapi tadi aku tryla usha page die nie..tengok-tengok ya ampun..korang tengokla sendiri...ade Judas dan gambar salib dekat default picture..KLIK
Tak rugi pun kalau kita unlike kan :)


korang tahu tak sape Judas ni? cerita ringkas mengenai Judas


Judas atau Yudas Iscariot ni penganut agama Kristian baru atau New testament..sangat dikenali dikalangan penganut Kristian kerana dia telah mengkhianati Jesus Kristus mereka...dengan menyerahkan Jesus kepada pemimpin2 yahudi untuk disalib..tetapi yang sebenarnya di dalam Islam..bahawa Judas yang disalib..


Raut wajah Judas sudah ditukar kepada raut wajah Nabi Isa sejurus baginda diangkat ke langit..tentera Rom terus menangkap Judas..dan terus di bawa kepada pemimpin Yahudi...untuk disalibkan.


Surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.

Apr 15, 2011

Wanita Itu Seperti Apa?

Wanita itu seperti ape yek?
Biskut Chipsmore?
Kuih tart?
Air barbican?
Pokok Serai?
Miera Liyana?
Winston Light?
Air ECPI?
Biskut Denmark?
Sabun Downy?
grass pudica

Bagi Nabi Muhammad S.A.W..wanita itu seperti rumput semalu..ade satu peristiwa di mana..puteri baginda iaitu Fatimah, terpijak rumput semalu dan kakinya berdarah.."apala gunanya rumput semalu berada di situ" kata Fatimah kepada bapanya dgn nada yang sedikit marah..tetapi Rasulullah dgn tenang menjawab bahawa rumput semalu itu sgt bekait rapat dgn wanita..ada 4pengajaran yang boleh diambil dari rumput semalu itu... 



Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh...ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)...

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya...jadi wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. ..

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi...ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah S.W.T.. ..

Dan akhir sekali...semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila menjelang senja..oleh itu para wanita sekalian..prlulah pulang ke rumah bile menjelang senja.

Chipsmore Warna Kehidupan

Tetapi pada zaman sekarang..berapa ramai wanita yang korang boleh nampak..yang ada ciri-ciri seperti malu itu..semakin menonjol adalah..suka sangat ke duk pamer muka cantik yg korang ada tu?..duk tonjol situ..duk gedik sana..dedah sini..dedah sana..dadah sana..cium sini..cium sana..<berbelit lidah aku>



Maruah...? segelintir wanita zaman sekarang dah tak ada maruah..murah sesangat..asal kapel je..mahkota yang i ade ini..untukmu sayang...jasad dan batin ini adalah milikmu sepenuhnya....tapi dah berapa kali die buat dgn ex-s, Tuhan saje yg tahu..



Aduhai..gadis-gadis sekarang ni asal waktu senja je..baru nak keluar..tak ke pelik tu..balak duk tunggu kat simpang jalan nuhh dengan motor..si mak pulak..Jue..jaga lelok pkwe tu ye..bukan snang nak dapat pkwe hemsem camtu..aduhaii...


p/s ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yg kecil
what lies behind us and what lies before us..is nothing compared to what lies within us


Apr 13, 2011

Menyadur Hati


Puisi ini aku tujukan kat member aku yang gumbira di atas ke malang an yang menimpa ex-gf beliow..sebab ex dia tu dipermainkan oleh bf baru die..aku tak tahulah sama ada die betul-betul gumbira atau tak..tuhan saje yang tahu..hoho..kawan aku ni merana kot..disebabkan al-kisah yang menyebabkan dorang putuih tali..yang belah sane lak duk main-main tarik tali.tak kan aku nak cite kisah orang lain lak kat sini kan.

Cemburumu Itu Menggangguku...

Andai cemburu itu tidak ada.
Indahnya tegur sapa kita...
Tak akan ada kepura-puraan.
Tak akan ada keterpaksaan.
Melalui hari tanpa curiga.

Anganku..
Kita merangkai lagu dihamparan hijau penuh damai...
Senandungmu pasti lebih indah dari Michael Buble.
Seperti biasa kau sudukan kopi tanpa gula.
Dan akan kucubit pipimu setelahnya...
Malah akan ku sudu-sudukan mulutmu..

Kau disitu masih merajuk.
Tanpa aku mampu memujuk.
Kaku wajahmu dalam amuk.
Sedang aku hanya terpaku.
terpaku seperti paku picit yang terbenam.

Masih sebatas anganku...
Kubisikan disela harum rambutmu.
Kasihan dikau..


p/s sape-sape yang tak paham tu..paham-pahamkanlah :p .btw aku xreti berpuisi..tp still nak post bende alah ni =.=
better never to have met u in my dream than to wake and reach for hands that are not there...

Apr 12, 2011

Alangkah Lucunya Kita


Lucunye.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa ke isetan

Lucunye.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton
"You are Beautiful"

Lucunye.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

Lucunye.. Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau
solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan, bf/gf.

Lucunye.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan
waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucunye..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Lucunye ..Orang berebut paling depan untuk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

Lucunye.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti
menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah.

Lucunye.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucunye.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

Lucunye.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai melalui email..tapi bila mengirim yang
berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir
dua tiga kali..

Tak lucu??Lucu-lucukanlah diri kita.. memikirkan yg
lucu tu..lucu-lucu =..="

p/s renungan kita bersama ^^,

showing gratitude is one of the simplest yet most powerful things humans can do for each other

Mar 8, 2011

Wanita Itu...



Apakah perasaan kau jika kau melihat anak kau atau ibu kau brgambar dengan lelaki yang bukannya kau kenal atau bukan ayah kau... marah bukan?..begitu juga ayah atau abang kpada perempuan yang kau main-mainkan.

Adakah kau menganggap wanita itu permainanboleh dipegang- pegang, ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu kau permainan?...jika tidak, kenapa kau mengganggap wanita lain permainan sedagkan wanita lain juga seorang ibu dan bakal menjadi ibu kepada anaknya..


Wanita bukanlah objek seks..kononye kau jadikan Rasulullah S.A.W sebagai alasan..kerana berkahwin begitu ramai dalam masa yg singkat..dan dituduh mencabul kerana mengahwini Aisyah yang masih kecil...sesungguhnya kita (lelaki) tidak boleh disamakan dengan Rasulullah S.A.W yang budi perkertinya lebih mulia berbanding kita..dalam dunia islam..wanita di posisikan begitu mulia..hinggakan ada hadith yang mengatakan bahawa syurga ada di bawah telapak kaki ibu..adkah objek seks itu syurga untuk anak-anakmu?


Renungkan kembali wahai lelaki dan kepada diri aku sendiri...lindungilah wanita itu sebagaimana kau melindung ibu kau sendiri kerana mereka itulah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu.
Selamat Hari Wanita Sedunia
“three persons are doomed …. among them a woman whose husband is not present and provides for her..yet she shows her charms to (foreign) men.”

Mar 4, 2011

Kau Milikku...

Hari ini aku sangat bosan sampai aku buntut...jadi aku ambil peluang ni untuk update blog...aku terfikir jugak, asyik bersastera je..aku tahu korang tak suke ape jadah tu sume-,-' jadi aku menyimpang sikit hari ni.hikhik..pernah dengar lagu nasyid Saat Lafaz Sakinah nyanyian Far East tak? aku yakin mesti ada punyala..i know..i know.

Aku update pasal ni bukan apa...sebab lirik die menawan hatiku..cewahh<sila tampo muke aku>
sape-sape yang tak pernah dengar cubela dengor..SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Berdasarkan ape yang aku paham dari lirik ni..ia mengisahkan seorang bapak yang menyerahkan anak gadisnya kepada seorang  lelaki iaitu bakal suami. ia bukan sekadar lafaz ikrar yang hanya keluar dari mulut bersahaja..tetapi perlu ditunaikan..tidak kire ketika onak badai, ombak berduri datang..sehingga akhir hayat...wahhh..

Mengikut "sumber" yang boleh dipercayai.Sakinah bermaksud tenteram atau ketenangan..seumur hidup aku tak pernah dengar lafaz @ ikrar janji Sakinah ni. orang yang bernama Sakinah pernahla dengar =)

live each day to the fullest...its your choice..its ur life...fill ur day with love and laughter.

Mar 1, 2011

Dulu..Kini..


kau datang buat hati tersentuh
melambai tinggi buat aku terbuai
tutur katamu yangg ramah
wajahmu yang manis
semua adalah topeng bagiku

sesal....
kukenal dirimu
benci....
kau coba tuk datang lagi..

kini telah mati hatiku untukmu
tinggal coretan pena
dalam buku diariku
saat ini dan untuk selamanya...

p/s tadak "shortform" lagi ye kawan-kawan ,,hehehe
p/s/s sejak akhir-akhir aku suke bersastera..adkah betul tekaan cekgu aku dulu? =.="


Q4TD whatever happens, happens.. dont let past mistakes affect the good things u can do in the future..

Feb 25, 2011

Sarcasm Sadness

ouuuhhhh...aku gelak weh.xsdih pun tgk jadah ni
only let people in your life that prove that they want you in theirs, because getting stabbed in the back hurts, but getting played like a fool hurts more...'Me' is in serious need of a hug..maaa me want hug..hug lol...

okay..next..

is thinking about changing my name on facebook to "NO ONE" thats way when i dont like someones status i can click "like", n it will say NO ONE likes your status...but..Mark oh Mark..u denied it about 12 times TT__TT...

Next plishhh

teacher: "can you tell the name of 3 great kings who have brought happpines and peace into people lives?"
student: " smo-king", drin-king and ...-king" bad..bad influenceee..
ahhaaaa!!! and finally i found a cure for facebook addiction ...

this chapters done..the story goes on..

p/s dear men@woman ,if you are going to criticise a womans figure or any other aspect of her appearance please make 100% sure that u are brek pick or joni dek @ kemeron diaz or priti zinta.

Feb 23, 2011

"Puitiskan Diri Anda"

aku..
aku masih mencari2 bayang2 aku yang dulu.
diri yang membuatkan orang senang dengan aku..
diri yang membuatkan orang gembira dengan aku..
aku mungkin sudah berubah..
aku tidak tahu mengapa..

aku mohon..
maafkan aku jika aku selalu menyakiti mu..
itu kelemahan aku..
aku lemah dengan air matamu..
tetapi ingatla walau sekejap..
kegembiraan yang kita pernah lalui bersama..
aku sentiasa kenangkan saat itu..

kau adalah permulaan bagi aku..
aku sentiasa berharap hanya kau yang satu..
harapanku kau jugalah akhirnya..





sebelum ni aku pernah post benda alah ni...heheh..repost sebab  Puitiskan Diri Anda..hikhikhik...meh join..meriahkan suasana..hehe (bukan contest ye..)

Dec 13, 2010

Morning :">

12/13/10
jam menunjukkan pukul 7.01 pagi.
pada waktu itu jugakla bunyi mesej
dari telefon nokia torchlight aku berbunyik..

assalamualaikum,slmt pagi.
ooo yeahhh..aku suke morning text!!
aku pun balasla..

jam 7.02 pagi..
sy slh bagi salam ke, npe jwb mcm tu?

aku pun pelikkkk..aishhh..aku taip ape tadi nehh..
ya ampun !!!
waalaikumsalah ...pagi..

malunye aku pepagi bute...
aishh..

blushinggg...shing..shing!



Dec 5, 2010

Suatu Ketika Kau...

kau malu cium ma abah kau depan orang ramai..
bodohla kau..cium pakwe berani plak kau..
along teman ma pergi pasar jap..
malas..kalu pergi 15 minit da merungut....
kau kua ngan makwe seharian..?
solat entah ke mana.

kau benci ma kau selalu bising?
haha..kelakar..
subuh...subuh!!
aku pun tak suke weh..
benci mane kau kat die..die tetap ma kau.
ikut jela kate dorang selagi dorang masih bernyawa.

sayang..hadiah mane?
tunggu...special punya i bg kat syg :)
kat ma kau? mane adiahnye?...
tunggu..3 helai kain 1:3, 7 tali pengikat saya bagi.
dengan ma abah kau..
kau berkira macam2.

eh kaum Adam...
kau tak payah agungkan bini@awek kau..
tak payah nak cium2 tapak dorang..
satu wanita je yang patut sanjung..maaaaa kau la!

eh kaum Hawa...
dengarla cakap suami kau..
selagi suami kau bawa kau ke jalan yang lurus..
tak payah nak lari2 dari umah ikut jantan yang belum tentu jadi laki kau..

adoi..ma abah aku kunola...
abah aku balas mesej pun tak tahu..
lantak kaula..pedulik..
aku sayang die..
eh, kuno dorang tula yang buat aku pandai membaca...
haa..abah aku marah kakak..
adik seluar ketat tuh..
aku nampak..erk..xketat pun hahah..
motif..abah aku syangkan akak aku..

ma aku duk gelak...haha..
iklan tunjuk orang menangis..
eh ! kalu kau menangis tak pandai mengaji, tulis@ baca jawi..no hal la beb.
ini ape jadah sebab pitching lari, lagu tak sesuai..zzzz
douche bag~

ma abah kau suka banding denagn anak orang lain..?
sakit hati betulkan..
haa..aku suke duk kat kampung..hutan lagi bagus kot.
takde aku kenal sumber2 yang melalaikan..
sosial sane sini..

owh anak aku nanti..abesla..oohhhemmji! rosak2..
hantar pondok?? ..kat situ pilihan terakhir mak bapak sekarang..isk
budak yang tak rosak pun boleh jadi rosak.
mana kau tahu?
sebulan pun aku aku dapat rasala..
kau lemah..kasihan...kau kuat..jadila Ustaz Azhar.
semuanya atas diri masing2..
sekian..

p/s sama2la kite muhasabah diri kita.. nasihat menasihati..ingat mengingati.
salam Awal Tahun...btw, ma aku call..suh bace doa awal dan akhir tahun..sikit pun aku tak ingat. Tiap tahun die ingatkan..sumpah aku menangis gila2 kalau dorang dah tak ada...siapa nak nasihat aku lagi.



Oct 22, 2010

MEMO untuk kau:D


Kepada Bf anak aku.... 

Peraturan 1:
kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon..erm..pastikn ko bawak brg yg nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa..............

Peraturan 2:
adehh..jgn ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku....Ko boleh pandang dia, selagi mata ko x merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yg seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yg omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak...PAHAM !!!!!!!

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, byk peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jgn pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian....Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blogger widgetsblog statistics widget for blogger