Subscribe:

facebook

Showing posts with label mimpi mung. Show all posts
Showing posts with label mimpi mung. Show all posts

Aug 10, 2011

Wordless Wednesday #3.0 | My Comel


apologizing also shows that you value the person more than your EGO

Apr 1, 2011

Daku Kenang Dikau Dalam Tidurku

Pagi ni aku bangun dalam keadaan sebak..sebak dan tersebak..aku tak tahu mengapa aku boleh bermimpi mimpi yang sedemikian..aku terkenangkan dia..sanggup abah aku berbuat demikian..walaupun perkara ni berlaku beberapa tahun yang sudah..tapi aku masih sayangkan dia.puisi ini aku buat untukmu..tolong jangan hantui aku lagi..



A..
Namau mu seindah rupa..
Namun abahku persetankan itu semua..
Maafkan aku..
Maaf kerana tidak dapat membantu mu..

A..
Maafkan aku sekali lagi
Bukan aku tidak mahu membantu
Bukan aku tidak sayu
Bukan...bukan...bukan...

A..
Tika abah mengacu parangnya
hatiku meruntun sayu
Melihat kau cuba lari bertempiaran
Bersama rakan-rakan
Untuk hidup sehari lagi..
Hidupmu seperti kais pagi..dan petang..
Aku simpati..

A..
Realitinya aku tidak mampu
Menghulurkan tangan untuk kau sambut
Supaya dapat ku bawa kau lari
Jauh dari parang abah...

A..
Aku tidak mengerti
Mengapakah abah terlalu benci akan dirimu?
Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini
Aku hanya mampu menjadi pemerhati
Bersama seribu belas dihati
Bersama kasih yang tebal di nurani...
Kerana aku hanya semut kecil..

A..
Larilah kau
Jangan menyerah pada abahku yang kejam itu


Ah A,
Tidak dapat aku gambarkan
Di kala parang abah menetak lehermu
Air mataku mengalir menuruni pipi
Tak tertahan lagi...sedih...sayu...sadisss

yeah...!
Seluruh isi keluargaku bersorak
Semua berpesta
Atas kematian mu...?

A...Ayamku...
Kematianmu.. nyata amat pedih
Tetapi kau menjanjikan
santapan istimewa untuk kami
Ayam goreng bersambal!!!
Nyam...nyammm...Nyammm..


p/s yang sadisnye..aku yang membantu abah aku...sob..sob

Jan 23, 2011

Hari ini

Hari ini menunjukkan cuaca yang amat baik. Sesuai untuk aku pergi berjalan-jalan dengan kawan2, tetapi aku ada teringat sebuah majlis disebuah rumah. Aku memang payah pergi ke majlis, lebih2 lagi majlis khawin. Tetapi mak aku pernah nasihat kat aku supaya jangan buat macam tu, sebabnye nanti takde sape yang datang ke majlis khawin aku..erk.
"Tapi majlis yang ada hari tu pun bukanya majlis khawin, so tak pergi pun takpe ma"
"bayakklah kau punye songeh, dah2 pergi aje"
Aku terus membonceng awek no2 bapak aku tu. Tetapi sebelum tu aku cek dulu minyak dan angin. Kurang 1jam aku dah samapai rumah tu, aku salam2 sape yang ada depan mata aku..Aku bersalam dengan tuan rumah, agak tinggi orangya. Aku duduk dekat luar rumah je, sebab dekat dalam dah penuh sampai depan pintu (pakcik tak nak masuk dalam sebenarnye). Aku menegur seorang makcik, disebelahnya juga ada seoarng lagi makcik.Aku menegur makcik yang 1st..sebab nampak makcik tu cool je..haha
"Asslamualaikum makcik, makcik datang sini buat apa?"(aku panggil makcik je,lantak2)
"makcik datang sini nak tunggu duit mangsa banjir je nak"

 okeh aku tak nak tye lagi soalan2 menguji minda itu

"haha..makcik ni nape xmasuk dalam je? luar panas nie..xelok untuk kulit seperti makcik."
"dah anak ni, nape xmasuk dalam"
"......."
"erm makcik ni nenek ke?"(jujur sekali)
"ye nak, sebelah makcik ni pun nenek juga.."
"ohhh..baik makcik:)"(nape aku kurang ajar sangat ni =.=")

Seketika itu, tuan rumah panggil orang yang duduk luar masuk dalam. Ya ampun..kosong lagi upenye..owh..baru aku tahu ada majlis kesyukuran.(main pergi je majlis, mahu majlis korban manusia, tak ke naya.zzz)

Selesai sudah doa2 apa sume tu. Tak lengkapla kan kalu takde makan minum2 nikan..ak berharap sangat bubur lambuk(bodos. tak agak)hehe. Aku bangun untuk tolong angkat makanan. Tiba-tiba......aku menerima sedulang makanan dari die. Aku terkedu, dalam hati aku seperti mahu menjerit.tetapi tembikai dalam mulut aku menghalangnya..lagipun die tak perasan aku..perasaan aku bertukar semena2. Meremang bulu aku tak pasal2 dah bertahun aku terputus hubungan dengan dia.Tidak lama selepas itu, azan Asar kedengaran..tetapi bukan Asar.omai. aku dengar Assolah......-.-'

p/s mainan tidur kadang2 tidak logik. dialog agak bodos.dun du dis at home.selamat berhujung minggu:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blogger widgetsblog statistics widget for blogger