Subscribe:

facebook

Jan 20, 2012

Monster dalam diri


"Wanita sosial menjadi rebutan untuk dipermainkan..wanita solehah menjadi rebutan untuk diperisterikan..lelaki sosial pula banyak mempermainkan wanita..lelaki soleh pula banyak rasa tanggungjawab terhadap wanita...pilihlah yang mana kau suka."

"perkataan sayang mudah diucapkan pada sesiapa sahaja..tetapi adakah hati maksudkan begitu.."

"Mereka cuba untuk menghargai sesuatu yang berada di depan mereka..tetapi setiap kalinya, tika itu jugala kepedihan yang dialami..mungkin sayang yang diberikan seperti monster yang ingin membuat rusuhan."


"kadang2 sifat monster dalm diri ini memberontak...dia lapar gamaknye..lapar dengan ibadah..hanya dengan solat...doa-doa..ayat al-Quran dapat meletupkan monster ini...sesungguhnye luaran aku ini hanya tanah elastik..insyaAllah, aku mampu bertahan"


"never search a person whom you want,
search a person who wants you.
dont care for those who Ignore you,
care for those who are Ignoring others for you."

p/s raksaksa..?rasaksalahh..arggh monster



Jan 15, 2012

Lelaki ..apabila berCinta


Jika aku jatuh hati

"...Bismillahirrahmaanirrahim... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... 
......Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu......Amin....."
Cinta seorang lelaki

bile lelaki betul2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah: hebat sangatlah terr..kononye

1. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2. 

2. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian 
kepadanya. 
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.  
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.  
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan tinggalkan kekasihnya melainkan...si kekasih curang.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan...yeke~

24. Rupenye no 19 tak ade..

p/s cintailah sesiapa pun...tetapi >>INGATLAH<<


there is nothing better for two who love each other than marriage


Jan 14, 2012

Piawaian dalam memilih pasangan hidup



Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

 Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum..."


----------------
Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.
Tetapi bagaimana? 

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya 
CINTA MONYET!

Putus cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.



There are some people who can make you smile, and some who make you cry, but it takes someone special to make you smile with tears in your eyes..

Jan 7, 2012

Pandangan Ustaz Azhar Idrus dengan isu Fitnah (video)




dokek kene tah pale.. :3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blogger widgetsblog statistics widget for blogger